1 Syawal. Selepas beraya di rumah tok, petang itu aku sekeluarga pergi beraya di rumah nenek. Aku bersalaman dengan Uncle Man. Uncle Man kelihatan ceria seperti biasa. Bagus juga, kerana sebelum ini aku lihat Uncle Man kelihatan tidak begitu ceria. Selesai bersalaman dan beramah mesra dengan saudara-saudara belah nenek, abah mengajak kami semua mengadakan sesi fotografi keluarga. Antara yang paling semangat sekali ialah Uncle Man.
Kali ini, dia bertindak sebagai official photographer untuk sesi tangkap menangkap gambar ini, kerana photographer asal iaitu pakcik sedang tidur. Seperti biasa, Uncle Man menunjukkan "kegilaannya". Bermacam gaya dan pose disuruh oleh Uncle Man supaya digayakan oleh abah dan mak, hinggakan abah dan mak nampak malu-malu seperti pasangan yang baru berkahwin. Aku hanya tersenyum melihat telatah mereka. Gaya lucu dan kelakar Uncle Man memang sentiasa menghiburkan.

Petang itu, selepas selesai sesi bergambar bersama gadis-gadis, Alif, anak pak long, menyampaikan satu mesej rahsia kepada aku. Uncle Man mengajak kami keluar senyap-senyap dari rumah, dan mengikutnya pergi menembak. Uncle Man memang gila menembak ayam hutan. Ada suatu hari dulu Uncle Man dimarahi atok kerana menembak ayam jiran yang meronda di belakang rumah, gara-gara sudah lama tidak menembak. Kah kah kah!!!
Aku memang selalu sangat mengikut Uncle Man pergi menembak. Yang paling aku ingat masa aku dan Anat mengikut Cik Mie dan Uncle Man pergi menembak di ladang sawit kat mane ntah aku pun dah lupa. Ketika itu aku menjadi driver, manakala Uncle Man menembak daripada seat belakang. Cik Mie sudah siap sedia membawa bekal makanan. Jadi, kami semua sempat berkelah di dalam ladang kelapa sawit tersebut. Memang tak pernah di buat orang. Hari tu tiada hasil ayam hutan. Apa lagi, Uncle Man membawa kami ke Temerloh, makan di restoren Happy Fried Chicken. Aku masih ingat Uncle Man memesan Nasi Kari Ayam di restoren tersebut. Rasanya memang champion, kata Uncle Man.
Walaupun agak penat, aku layankan saja ajakan Uncle Man tadi. Uncle Man sudah keluar dengan membawa senapangnya. Sampai saja di muka pintu, aku mencari selipar aku, tapi sudah dipakai oleh orang. Cilakak betul. Disebabkan aku melihat mereka masih berborak di laman rumah, aku masuk kembali ke dalam rumah, berbaring di kerusi dan akhirnya tertidur. Terlepas peluang untuk hang out bersama Uncle Man pada petang itu.

Pada malamnya, acara bermain mercun. Seperti biasa, marshall nya ialah Uncle Man. Seronok sungguh rasanya di malam itu. Kami semuanya gembira bermain bunga api dan mercun. Untuk bunga api "merdeka" berskala besar, semuanya dibakar oleh Uncle Man. Pada malam itu, Uncle Man beria-ia mahu membakar bunga api "merdeka" itu di tepi jalan depan rumah. Memang style bila berbalas-balas dentuman bunga api dan mercun dengan jiran-jiran di kampung.
************************
Lewat malam, semua isi rumah sudah tidur, kecuali aku dan Anis. Saudara-sepupu yang lain semuanya terbungkang di depan tv. Aku sedang ralit menonton perlawanan bola sepak. Uncle Man sedang tidur di atas lantai di ruang tv. Aku menggerakkan Uncle Man, menyuruhnya tidur di dalam bilik. Dia mengiyakan, lalu tidur semula. Terliur aku melihat Malboro Light di sisi Uncle Man.
Uncle Man memang meminati Malboro Light. Rokok champion katanya. Pernah sekali aku lepak di rumah Uncle Man, dia memberi izin untuk makan, minum, dan gunakan apa-apa saja di rumahnya itu, kecuali Malboro Light yang dibelinya dari Vietnam. Ntah apa bezanya dengan Malboro Light Malaysia, aku pun tak tahu.
Tanpa ragu-ragu, aku meminta izin Uncle Man untuk mengepau sebatang rokoknya. Perangai mengepau rokok Uncle Man ni dah lama aku buat. Uncle Man pun rilek je. Bukan aku tak hormat kepada Uncle Man, tetapi cara Uncle Man melayan aku seperti kawannya telah membuatkan jurang perhubungan menjadi lebih rapat. Uncle Man pun bangun sekali lalu menyalakan sebatang Malboro Light.

"Ceh, bila kena pau rokok baru nak bangun, kihkihkih", kata aku dalam hati.
Uncle Man terus berjalan menuju ke biliknya. Aku masih terus menghembus Malboro Light sambil menonton bola sepak. Tidak beberapa lama kemudian, tiba-tiba Uncle Man datang semula ke ruang tv.
"Nak rokok. Ambillah."
"Takpe lah Uncle Man."
"Nak ambik je la. Nah." kata Uncle Man sambil menghulurkan Malboro Light kepada aku. Uncle Man meletakkan rokok di atas meja lalu beredar kembali ke bilik tidurnya. Baik pula Uncle Man pagi-pagi buta ni.
************************
Setiap tahun, memang dah menjadi kebiasaan kami sekeluarga akan mengadakan makan besar di Resthouse Temerloh. Menu stimboat nya memang terbaik dan menjadi idaman kami sekeluarga. Tahun ini, aku dilantik sebagai projek manager. Sebagai projek manager yang berwibawa, aku ditugaskan untuk booking meja untuk makan malam nanti. Aku pun berbincang dengan Uncle Man dan Cik Mie. Untuk pertama kalinya, Uncle Man mengajak abah, mak, dan adik-adiknya untuk makan bersama-sama malam tersebut.
Uncle Man sampai lewat sedikit daripada orang lain. Ketika itu, semua orang sedang sibuk mengenyangkan perut masing-masing. Aku lihat Uncle Man tidak begitu ceria. Tak tahu lah kenapa. Usai sesi bergambar dan beramah mesra,
"Aniq, meh sini jap"
Uncle Man memanggil aku dengan nada yang mencurigakan. Sebagai anak saudara yang taat dan patuh, aku turutkan saja. Oh, rupanya Uncle Man mengajak aku pergi ke counter untuk mengambil bil makan malam itu. Aku dan Uncle Man pun berjalan menuju ke counter. Bil pun diberikan. Uncle Man mencadangkan agar jumlah bayaran tersebut dibahagikan kepada jumlah meja, iaitu 4 buah meja. Aku mengangguk tanda setuju. Setelah mendapat jumlah bayaran yang sepatutnya, Uncle Man membayar bahagiannya kepada aku.
"Jom gi kat luar. Hisap rokok. Gua tak boleh lah hisap rokok kat dalam, nanti mak dan abah gua bising" pelawa Uncle Man.
"Takpe lah Uncle Man, Aniq nak pergi kutip duit dulu".
Aku menolak pelawaan Uncle Man dengan baik. Tanggungjawab sebagai projek manager mesti dilaksanakan terlebih dahulu. Aku pun kembali ke dalam lalu mengutip duit daripada abang-abang ipar Uncle Man. Bila dikira-kira semula, terdapat duit berlebihan daripada jumlah asal.
"Beh jadi projek manager, siap ade tips lagi. Hahaha." kata Uncle Man kepada kami semua. Aku hanya tersenyum. Untunglah juga dapat sedikit duit baki yang dibayar tadi.
************************
Aku baru sahaja selesai solat maghrib. Aku lihat dibelakang, Uncle Man baru sahaja mengangkat takbir untuk solat maghrib. Aku turun ke bawah, borak-borak dengan saudara mara di rumah Tok Busu, adik nenek yang berada di Lenggeng, N. Sembilan. Setelah selesai semuanya, kami sekeluarga mahu berangkat pulang. Tujuannya mahu pulang ke Chenor, tetapi Uncle Man dan Cik Mie mahu pergi ke KL. Kata Cik Mie, Uncle Man beriya-iya mengajaknya pergi ke KL. Selepas bersalaman dengan Uncle Man, aku masuk ke dalam kereta.
Tiba-tiba, Uncle Man datang ke sisi kereta, membuat gaya tangan menyuruh aku menurunkan tingkap kereta. Aku ingatkan dia mahu bersalaman sekali lagi. Akan tetapi selesai saja aku turunkan tingkap, dia mengangkat wiper di cermin depan. Aku dan adik-adik hanya gelak di dalam kereta. Kami sudah lali dengan perangai Uncle Man yang suka bergurau. Aku pun menurunkan kembali wiper cermin depan. Selesai menurukan wiper cermin depan, Uncle Man datang lagi lalu mengangkatkan wiper cermin belakang pula. Aku tersenyum dan membiarkan saja wiper itu terjongket. Malas sudah mahu turun kereta untuk membetulkannya. Aku lihat Uncle Man berjalan ke arah keretanya. Tidak ku sangka itulah kali terakhir aku akan melihat Uncle Man.
Nota:
Uncle Man atau nama sebenarnya Azman bin Zainal Abidin telah menghembuskan nafas terakhir pada hari Jumaat, 24 Ogos 2012 pada umur 38 tahun. Uncle Man seorang yang kelakar dan pandai bergurau. Apa yang aku paling suka tentang Uncle Man ialah perangainya yang pantang menolak jika ada orang meminta tolong. Tabiat suka menolong orang ni memang aku respect pada Uncle Man. Pada aku, Uncle Man juga anak yang baik dan taat ibu bapa, suami yang baik dan bertanggungjawab serta ayah yang penyayang. Yang paling penting, Uncle Man sanggup bertahun-tahun berulang alik dari Temerloh ke KL untuk sama-sama Cik Mie menjaga nenek di kampung. Respect!!
Zaman remaja ku banyak membesar bersama Uncle Man. Aku akan merindui Uncle Man sebagai seorang pakcik dan juga sahabat. Jika aku mempunyai seorang abang, aku berharap abang aku ialah Uncle Man. Al-Fatihah.