Aku masih ingat, ketika aku masih menuntut di MRSM Muadzam Shah, ketika itu aku sudah ketiadaan wang. Tiba-tiba kawan ku berkata bahawa terdapat surat untukku lalu aku pergi mengambil surat tersebut. Aku terkejut beruk. Surat dari atok rupanya. Aku buka surat itu dan terdapat 2 keping not RM10 didalam surat tersebut. Kadang-kadang atok datang secara tiba-tiba ketika hujung minggu. Dan setiap kali atok datang atok akan menghulurkan duitnya kepada ku. Atok juga seorang yang tegas dan garang. Seumur hidup, aku sudah beberapa kali di tamparnya. Tapi aku tak berdendam. Aku paham niat atok untuk mendidikku..hehe.. Atok juga seorang yang kelakar. Walaupun dia garang tetapi gelagatnya selalu menyebabkan aku, adek-adek dan sepupu-pupu ketawa. Atok juga suka bergurau terutama dengan budak kecik yang belom sunat lagi.
Atok suka datang ke Kuantan. Apa saja kedai makanan yang kami katakan sedap, die akan ajak makan kesana. Ikan bakar, tomyam, gulai tunjang semuanya Atok suka makan. Atok amat mementingkan ibadahnya. Ketika kecil atok selalu bertanyakan sama ada aku telah solat atau tidak ketika berada di kampung. Kadang-kadang dibawa nya aku ke masjid untuk solat maghrib dan isyak. Atok suka menyuruh cucu-cucunya menjadi askar atau cikgu. Hidup senang, kalau kawin sama-sama cikgu buat loan rumah dengan kereta pun senang, orang ramai hormat kata atok.
Aku bersyukur dapat berjumpa atok di hospital ketika dalam perjalanan pulang ke Kuantan. Aku berbual bual seperti biasa dengan atok. Atok kelihatan semakin sihat. Tetapi, aku tak menyangka itulah perbualan terakhirku dengan atok. Atok kembali ke rahmatullah pada 4 Jun 2010. Al-Fatihah untuk atok.
Gambar dengan atok ketika raya 2007
atok dan cucu-cucunya..
atok ko mmg best aniq...ak yg bru jumpe bbrp kali pon die ingat name...bangge ak...al fatihah..
ReplyDelete