Wednesday, December 22, 2010

Bonggol Oh Bonggol

Jika ditakdirkan aku akan tinggal di Beserah selepas aku belajar nanti, aku pasti akan melupakan hasrat untuk memiliki kereta sport berjenama Lamboghini. Sebab? Beserah, land of bonggol. Ya, kalau jalan kat area perumahan aku di Beserah ini memang banyak bonggol. Kalau bonggol rendah-rendah takpe, ini bonggol yang maha tinggi kecuramannya, di tambah pulak saiz bonggol yang tak sekata.

Setakat ini dari simpang Jalan Beserah menuju masuk ke rumah aku terdapat lebih 10++ bonggols yang terpaksa aku tempuhi. Ini belom ditambah dengan beberapa buah perumahan yang masih under construction disepanjang jalan masuk ke Pelindung Jaya. Bayangkan dalam masa 2-3 tahun lagi aku terpaksa menempuh 15++ bonggols semata-mata nak balik rumah.WTF!

Pada pendapat aku, sebab utama bonggol dibina mestilah taknak bagi kereta dan motor bawak laju dalam kawasan perumahan. Logiknya, takkan lah kereta nak bawak high speed kat jalan kampung macam kat highway. Dah la jalan kecik. Ooo, ada orang cakap sebab takut budak-budak main atas jalan, nanti kena langgar tak pasal-pasal mati katak pulak. Lah, kalau sayang anak-anak janganlah bagi diaorang main tengah jalan. Main la kat dalam kawasan rumah.

Cadangan aku, hapus kan bonggols dan pihak polis perlu membuat speed trap kat kawasan perumahan di sekitar Beserah ini. Hapuskan kelajuan di kawasan perumahan. Haha

1 comment:

  1. wahaha.. ak yg bwak muto kat UKM ni pon bnci bonggol weh... jahanam bearing kalo ak redah bodo..
    tiap2 kali kne turun gear 2.. huk.. pedis2...

    ReplyDelete