Sunday, May 22, 2011

Buta Hati


Ada 3 orang buta berjalan di dalam hutan. Tiba-tiba, mereka terjumpa gajah. Jadi untuk mengetahui rupa gajah, mereka meraba-raba gajah tersebut.

Orang buta yang pertama mengatakan gajah seperti ular, kerana dia memegang belalai gajah.

Orang buta yang kedua memegang telinga gajah, mengatakan gajah seperti kipas.

Manakala orang buta yang ketiga memegang kaki gajah, mengatakan gajah adalah seperti pokok.

Selepas itu, mereka terus bertengkar dan bertengkar untuk mempertahankan hujah masing-masing, sehingga mereka maut dipijak gajah tersebut.

Maka, mati katak lah orang-orang buta tersebut, bergaduh kerana perkara yang sudah terang-terangan salah.

********

Melayu bukannya buta, tetapi kadang-kadang hanya tak nampak.


2 comments: