Lenggeng ialah sebuah mukim yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan. Perjalanan daripada Kl ke Lenggeng mengambil masa lebih kurang sejam, tambah-tambah lagi dengan adanya highway baru, Lekas namanya, membuatkan perjalanan menjadi lebih lekas.
Penduduk Lenggeng terdiri daripada orang Melayu sebagai kaum majoriti dari generasi kedua dan ketiga dari penghijrahan orang-orang Minang khususnya dari Luak Agam
Walaupun dilimpahi dengan arus kemodenan, Lenggeng masih mengekalkan ciri-ciri kekampungannya. Jika merayau-rayau di sekitar kampung, masih boleh dilihat pakcik-pakcik tua menaiki kapcai meronda-ronda kampung, anak-anak muda lepak di bas stand beramai-ramai dan makcik-makcik berjalan kaki ke sana kemari.
Suasananya tenang dan nyaman, dipenuhi nyamuk-nyamuk yang giat menghisap darah manusia.
Apa kaitan Lenggeng dengan aku? Tak ada. Tapi Lenggeng ada kaitan dengan nenek aku. Ya, Lenggeng merupakan kampung kelahiran nenek aku dahulu. Dan di Lenggeng ini juga tinggalnya adik nenek aku, Tok Busu pangilannya. Di Lenggeng ini lah tempat nenek aku belajar erti susah senang kehidupan di waktu mudanya, sehinggalah atok aku datang dari Pahang untuk melamar nenek.
Suatu ketika dulu, abah membawa nenek ke Lenggeng menaiki Colt Mirage nya. Ketika itu, abah baru bekerja dengan JKR. Sampai di rumah Tok Busu, kebetulan, Si Haluih, orang tua di kampung itu datang kerumah juga.
Di tanyanya kepada nenek aku, apa pekerjaan abah.
"Kojo JKR", kata nenek.
Lalu Si Haluih menjawab,
"Ohh, kojo monobeh lobuh lah"
-Cilakak, punya streotype makcik ni, kerja JKR dikatanya menebas lebuh.
Kah kah kah..
aniq asyranie udah ade blog! pastikan anda update blog anda selalu!
ReplyDeletehahahaha
ReplyDeletecuma satu pembetulan atau boleh dikira teguran juga,sesungguhnya Lenggeng juga berkaitan dgn Aniq;ada titisan darah keturunan orang Lenggeng yg sentiasa mengalir disegenap pembuluh darah Aniq.ertinya,ada darah Chenor dan ada darah Lenggeng.makanya Aniq kena ada persepsi bahawa Lenggeng adalah sebahagian daripada hidup Aniq dan menerima juga Lenggeng sebagai kampung yang menunggu kita pulang.