Jenal (bukan nama sebenar) tinggal bersama dengan keluarga mertuanya di kampung. Walaubagaimanapun, Jenal tidak disukai oleh keluarga mertuanya kerana dia malas what de hell. Walaupun dia tetap pergi bekerja mencari rezeki, namun bila dirumah, memang susah Jenal hendak menolong bapak dan mak mertuanya. Jika diminta tolong, ade je alasan yang diberikan oleh Jenal.
Makanan peberet Jenal ialah peria. Ntah macam mana boleh jadi peberet dia pun koi tak tahu lah. Dalam banyak-banyak benda yang manis, benda yang pahit leknet ini jugalah yang digemari Jenal. Memang pantang jumpe peria, habis di bedal oleh nya.
Suatu hari, keluarga mertua Jenal mengadakan kenduri kesyukuran. Antara lauknya adalah gulai peria. Jadi, pada petang itu diadakan gotong royong masak beramai-ramai. Jenal ni dah memang malas, jadi konfem dia tak menolong orang-orang kampung memasak. Bila dapat tahu lauknya adalah gulai peria, ape lagi, menggeletar tubuh Jenal. Sambil mengintai di tirai tingkap, bau-bau gulai peria menusuk ke lubang hidung Jenal. Terus teransang nafsu peria Jenal.
Tiba waktu makan, semua hadirin yang dijemput menjamu selera. Namun, Jenal hanya memerhati di tingkap sahaja para tetamu menyuap peria-peria gulai dengan begitu asyik sekali. Kalau diikutkan hati, memang Jenal mahu menyelam sahaja didalam periuk gulai peria itu, tapi dia sedar diri, dia malu untuk makan bersama tetamu yang lain, maklumlah dia tak menolong memasak bersama-sama.
Akal fikiran Jenal mencari-cari idea bagaimana dia boleh merasai nikmat gulai peria tersebut. Ting!, satu idea singgah di kepala otak Jenal. Ya, dia akan memakan gulai peria tersebut semasa semua orang sudah balik, ketika bapak dan mak mertuanya beserta isteri, anak-anak dan sedara maranya sedang lena diulit mimpi.
Lalu, Jenal pun tidur. Tepat jam 4 pagi, Jenal pun bangun.Inilah masa yang dinanti nantikan oleh Jenal. Setelah memastikan tiada makhluk yang berjaga, Jenal terus menuju ke dapur untuk melampiaskan nafsu perianya. Mula-mula semangkuk, lepas itu ditambanhnya lagi dan lagi gulai peria. Setiap suapan peria adalah satu orgasm yang memuncak bagi Jenal. Kuah gulai peria pula dihirupnya sehingga habis. Nikmat sungguh rasanya gulai peria tersebut.
Jenal puas sepuas-puasnya mentekedarah peria. Perutnya sudah membuncit, hasil gulai peria yang dikerjakannya tadi. Tiba-tiba, sesuatu yang mengejutkan berlaku. Bontotnya terasa sakit. Di raba-raba bontotnya, barulah dia sedar, pokok peria sedang tumbuh menjalar melalui lubang najisnya itu. Habis satu badan Jenal dijalari oleh pokok peria. Apa lagi, akibat takut disedari oleh orang-orang dirumah, Jenal lari menuju ke semak di tepi jalan.
******************
Pagi itu, seorang benggali penjual kain dengan girangnya berjalan membawa kain-kainnya untuk dijual. Dilihatnya di tepi jalan, peria segar sedang menjalar-jalar dengan subur. Hijau, panjang, besar, keras dan kental peria-peria itu kelihatan. Sungguh enak sekali. Tanpa membuang masa , benggali itu pergi ke tepi semak cuba untuk memetik peria-peria tersebut. Diraba-rabanya di celah-celah semak tersebut, dapat dicapainya sebijik peria yang besar dan kenyal. Di tarik-tarik nya peria tersebut tak tercabut-cabut dari tangkainya. Apa lagi, menjeritlah si Jenal akibat benggali itu terpetik 'ehem'nya. Terkejut beruk benggali itu, lalu dilihatnya susuk tubuh manusia penuh dengan peria, bergerak gerak menahan kesakitan.
Dengan tak semena-menanya, benggali itu lari lintang pukang meninggalkan kain-kainnya sambil menjerit dengan slanga benggalinya;
"Ayoyo..hantu peria!!hantu peria!!"
***********************
Ahli keluarga Jenal sedang risau mencari Jenal yang hilang tiba-tiba, lebih-lebih lagi isterinya yang sudah menagis tidak berlagu. Tiba-tiba, Jenal muncul di muka pintu sambil membawa berbondong-bondong kain yang cantik, lawa dan bermutu tinggi, lebih bagus daripada kain-kain Jakel, Nagoya dan gedung textile di Jalan TAR. Lalu, dihadiahkannya kain-kain itu kepada mak mertuanya, isteri dan sedara maranya. Maka, bercambahlah kasih sayang yang teramat sangat keluarga mertuanya kepada Jenal.
P/S = Cerita asal daripada nenek yang telah disembang lebatkan oleh koi.

No comments:
Post a Comment