Muka raja menjadi merah pendam. Digenggam tangannya menahan geram dan amarah yang amat. Ada ke patot Luncai mengatakan kepala raja sama botak sama gondol seperti kepala ayahnya.
Lalu dititahnya pengawal-pengawalnya menangkap Luncai dan mengarahkan agar Luncai dijatuhi hukuman dicampakkan ke tengah laut.
Sesampai Luncai di pengkalan, sebelum menaiki perahu, Luncai berkata kepada pengawal-pengawal nya.
"Aku ada satu permintaan. Di saat aku mahu mati ini, aku amat rindukan ibuku. Maka tolonglah berikan aku sebijik labu untuk ku peluk, agar aku dapat membayangkan memeluk ibuku."
Disebabkan rasa kasihan, pengawal itu memberikan sebijik labu yang besar untuk dipeluk oleh Luncai. Maka, berkayuhlah perahu itu menuju ke tengah lautan.
"Ahh..aku sungguh bosan. Tolonglah hiburkan aku disaat aku mahu mati ini."
Maka ketua pengawal itu menjawab, " Banyak songeh kau Luncai, tapi takpe, ini permintaan terakhir kau. Lagu ape yang kau mahu?"
Luncai menjawab," Bila aku nyanyi Luncai terjun dengan labu-labunya, kamu jawab biarkan biarkan"
Lalu berkumandang lah nyanyian itu berulang-ulang.
"Luncai terjun dengan labu labunya"
"Biarkan...biarkan"
"Luncai terjun dengan labu labunya"
"Biarkan...biarkan"
"Luncai terjun dengan labu labunya"
"Biarkan...biarkan"
"Lynas nak buat projek bahan rare earth di Kuantan"
"Biarkan..biarkan"
"Tapi rare earth boleh membawa kesan radiasi yang boleh membunuh"
"Biarkan..biarkan"
"Lynas bebas cukai selama 12 tahun"
"Biarkan..biarkan"
"Abis tu ape untungnya luluskan kilang kejadah haram ni?"
"Biarkan..biarkan"
"Biase orang tubuh panel untuk kaji sebelum bina ini dah 95% siap baru nak kaji? Kejadah haram apa"
"Biarkan..biarkan"
"Australia pun tak berani buat kilang rare earth di negara mereka"
"Biarkan..biarkan"
"Kalau bumbung bangunan parlimen pun buleh bocor, bumbung stadium boleh runtuh, tak mustahil kebocoran radiasi berlaku"
"Biarkan..biarkan"
"Jadi zombie lah penduduk Beserah, Balok, Gebeng dan Cherating"
"Biarkan..biarkan"
No comments:
Post a Comment