Saturday, June 12, 2010

messi, langit dan bintang

Malam tadi gua tengok bola kat warung nelayan tanjung api. Gua tengok messi memang terbaik. Banyak movement die cantik cantik belaka bagaikan sekuntum bunga di gurun sahara. Tapi sayang percubaan die tak gol.
Sambil- sambil tgk messi gua tengok gak langit yang terbentang luas kat atas kepala gua ni. Langit cerah, banyak bintang tapi tiada bulan. Tiba-tiba gua terfikir, kalau boleh gua nak reboot balik kepala otak gua ni. Dah berkarat sangat. Kotor, najis, jijik.
Kalau boleh gua nak klorox kasi bersih berkilat macam kepala anelka. Nak hafal dan paham pelajaran pun susah. Gua rasa gua sudah berada di zaman kebengapan. Tiba-tiba gua orang ramai menjerit. Lah, bukan gol pun. Percubaan messi tu sipi je lagi untuk menerjah gawang. Gua pandang balik langit. Dah ade awan sikit. Lepastu gua fikir balik, apelah kaitan bintang, langit, messi dengan otak yang kotor? Gua pun tak tau sampai sekarang..

Friday, June 11, 2010

puisi untuk seorang wira

kau bagaikan penari poco poco
berjoget ke kiri dan kekanan
menggelecek bola melepasi lawan..

kepantasan mu bagaikan kipas kdk yang dipasang no 5..
menyejukkan bilik yang panas..
akibat pemanasan global..

rembatan mu bak tembakan seorang sniper..
menewas kan penjaga gol yang terkesima..
tepat menerjah gawang goll..

hantaran mu memang cantikk..
bak lisa surihani..
ataupun artis artis korea yang bajet comel..
mencari cari ruang kosong..
untuk menjaringkan goll

walaupun engkau pendek..
tetapi..
tandukan mu memang mantop..
seperti seekor kerbau sepanyol..

back heel mu memang cantik..
bagaikan diana danialle..
ketika menewaskan manchester united..

tujuh tahun kau bersama chelsea..
tujuh tahun kau menyemai bakti..
banyak sungguh jasa mu..
tak terhingga..

aku..
akan tetap merinduimu..
walaupun kau bukan lagi biru..
tetapi..
kau tetap dihatiku..

oh abang joey cole..

Monday, June 7, 2010

nuklear sejenak

Kalau stadium boleh runtuh, apa lagi loji nuklear?
Tergelak aku membaca berita tersebut. Kata Lim Guan Eng itu ada benarnya. Negara yang legasi dan masyarakatnya yang korup akan terus korup sehingga berlaku satu perubahan yang besar. Bukan perut buncit yang semakin besar...

Saturday, June 5, 2010

Atokku..

Aku rapat dengan atok. Al maklum lah cucu sulong. Ketika kecil aku selalu mengikut atok berjalan-jalan. Sampai kan ketika aku berumur 7 tahun aku di ajak menemannya pergi membuat umrah. Hingga ke besar Atok selalu mengajak ku berjalan menemaninya. Jika aku pulang ke kampung, aku akan diajaknya minum atau ngeteh di kedai-kedai minum di sekitar Chenor. Makan usah dikata, kalau dah kenyang pun disuruh nya meng-order makanan lagi. Kalau kami sekeluarga balik ke kampung, atok akan menyuruh nenek memasak ikan sembilang goreng. Cucu suka makan katanya. Bukan setakat di Chenor, sampai ke Temerloh aku menemani atok berjalan. Atok tidak lokek untuk mengeluarkan wang untuk cucu-cucunya. Kami sepupu-sepupu amat menanti nantikan ketibaan Syawal kerana atok akan memberikan duit raya yang banyak kepada kami. Atok juga banyak berbelanja untuk cucu-cucunya seperti membeli baju, seluar dan juga PS2.

Aku masih ingat, ketika aku masih menuntut di MRSM Muadzam Shah, ketika itu aku sudah ketiadaan wang. Tiba-tiba kawan ku berkata bahawa terdapat surat untukku lalu aku pergi mengambil surat tersebut. Aku terkejut beruk. Surat dari atok rupanya. Aku buka surat itu dan terdapat 2 keping not RM10 didalam surat tersebut. Kadang-kadang atok datang secara tiba-tiba ketika hujung minggu. Dan setiap kali atok datang atok akan menghulurkan duitnya kepada ku. Atok juga seorang yang tegas dan garang. Seumur hidup, aku sudah beberapa kali di tamparnya. Tapi aku tak berdendam. Aku paham niat atok untuk mendidikku..hehe.. Atok juga seorang yang kelakar. Walaupun dia garang tetapi gelagatnya selalu menyebabkan aku, adek-adek dan sepupu-pupu ketawa. Atok juga suka bergurau terutama dengan budak kecik yang belom sunat lagi.

Atok suka datang ke Kuantan. Apa saja kedai makanan yang kami katakan sedap, die akan ajak makan kesana. Ikan bakar, tomyam, gulai tunjang semuanya Atok suka makan. Atok amat mementingkan ibadahnya. Ketika kecil atok selalu bertanyakan sama ada aku telah solat atau tidak ketika berada di kampung. Kadang-kadang dibawa nya aku ke masjid untuk solat maghrib dan isyak. Atok suka menyuruh cucu-cucunya menjadi askar atau cikgu. Hidup senang, kalau kawin sama-sama cikgu buat loan rumah dengan kereta pun senang, orang ramai hormat kata atok.

Aku bersyukur dapat berjumpa atok di hospital ketika dalam perjalanan pulang ke Kuantan. Aku berbual bual seperti biasa dengan atok. Atok kelihatan semakin sihat. Tetapi, aku tak menyangka itulah perbualan terakhirku dengan atok. Atok kembali ke rahmatullah pada 4 Jun 2010. Al-Fatihah untuk atok.



Gambar dengan atok ketika raya 2007


atok dan cucu-cucunya..

Thursday, June 3, 2010

Wednesday, June 2, 2010

teh o dan laju lajunya

Adakah kelajuan memberi impak maksima dalam kemelut kreativiti pihak inggeris? Jawapan pakcik kapelo adalah tidak.