Monday, August 8, 2011

Kemenyan raja dan air jampi raja


Sultan Abu Bakar merupakan sultan ke empat dalam kesultanan moden Pahang. Di zaman pemerintahannya, baginda amat gemar melawat kampung-kampung disekitar Pahang.

Menurut cerita nenek, ketika Sultan Abu Bakar hendak datang ke kampung, seluruh kampung bersiap sedia membuat kenduri untuk menyambut kedatangan baginda. Suasananya bagaikan sebuah pesta.

Walaubagaimanapun, perkara yang paling menarik didalam pesta ini bukan makanannya atau pun joget lambaknya, tetapi ialah kemenyan raja dan air jampi raja.

Apekebendenye tuh?

Semasa kedatangan Sultan, orang kampung akan memberi kemenyan dan air tawar untuk di jampi oleh Sultan Abu Bakar, dengan harapan mudah-mudahan berkat doa dan daulat baginda, kemenyan dan air jampi tersebut boleh digunakan untuk merawat penyakit.

Daulat Sultan Abu Bakar memang kuat, sehingga diceritakan saat kemangkatan beliau, satu dentuman yang amat kuat kedengaran di ruang udara.


*************************

Selepas kemangkatan Sultan Abu Bakar, sudah tidak ada lagi kemenyen raja dan air jampi raja.

Sebabnya? Pandai-pandai lah kita berfikir dan menilai sendiri.

-Yang adil disembah, yang zalim disanggah-