Friday, May 27, 2011

Rosak rosak


Tadi traffic light di dua junction di Jalan Beserah rosak. Apa lagi, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, semua pemandu menyerbu junction tersebut dengan kereta masing-masing untuk mendapatkan hak melintas junction dahulu.

Bergelimpangan kereta-kereta berhimpit-himpit, ade yang bawak laju tanpa menghiraukan kenderaan lain dan ada yang berhenti di tengah-tengah junction tersebut.

Bagaimana penyelesaian sebenarnya?

Mengikut pemikiran otak aku, kita mesti back to basic. Pemandu di main road sepatutnya diberi penghormatan untuk jalan terlebih dahulu. Kemudian, pemandu di secondary road mesti memberi laluan kepada pemandu-pemandu di main road. Jika berpeluang, maka pemandu di secondary road boleh lah melintasi junction untuk ke kiri, kanan atau depan, sama seperti melintas junction yang tiada traffic light.

Tapi begitulah, typical Malaysian, dengar ceramah nak dapat lesen bukan main lagi tapi buat nya
tidak.

Jadi, sebagai seorang typical Malaysian, aku juga turut serta menyerbu junction terbabit untuk mempertahankan hak.

Kah kah kah...

Sunday, May 22, 2011

Buta Hati


Ada 3 orang buta berjalan di dalam hutan. Tiba-tiba, mereka terjumpa gajah. Jadi untuk mengetahui rupa gajah, mereka meraba-raba gajah tersebut.

Orang buta yang pertama mengatakan gajah seperti ular, kerana dia memegang belalai gajah.

Orang buta yang kedua memegang telinga gajah, mengatakan gajah seperti kipas.

Manakala orang buta yang ketiga memegang kaki gajah, mengatakan gajah adalah seperti pokok.

Selepas itu, mereka terus bertengkar dan bertengkar untuk mempertahankan hujah masing-masing, sehingga mereka maut dipijak gajah tersebut.

Maka, mati katak lah orang-orang buta tersebut, bergaduh kerana perkara yang sudah terang-terangan salah.

********

Melayu bukannya buta, tetapi kadang-kadang hanya tak nampak.


Friday, May 20, 2011

Kotak


Kotak. Sume orang tahu apa itu kotak. Tapi awas, hidup jangan jadi macam kotak. Hidup seorang engineer juga berkaitan dengan kotak.

Seorang engineer mesti berfikir diluar kotak. "Don't be a square engineer". Fikir luar kotak, semua masalah akan ada penyelesaiannya. Bila berfikir di luar kotak, kita akan berfikir waras dan tidak emosional.

Engineer yang berkotak akan memikirkan hanya memikirkan perkara yang rigid, padahal semua benda boleh menjadi flexible, atas kreativity masing-masing.

Tekanan kerja adalah biasa dalam bekerja. Tekanan kerjalah yang akan menghasilkan 'berlian' untuk kita. Same jugak macam belajar. Walaupun bertekanan tinggi, tapi hasilnya pasti masyuk.

Macam suami isteri. Gaduh sikit mintak cerai. Typical sangat tuh. Kalau berfikir di luar kotak, banyak lagi penyelesaian lain, macam isteri bagi suami kahwin dua ke, tiga ke dan empat ke, atau suami insaf tak main perempuan lain ke. Sama-sama cari penyelesaian.

Tapi bagi kes diatas, kotak ini tidak releven bagi spesies degil dan bukan pemaaf. Pujuk dan ambik hati lah selama sebulan ke setahun ke, hasilnya sama gak.

Jadi, lebih baik kita keluar dari kotak biarkan mereka didalam.

Kah kah kah...