Wednesday, February 16, 2011

The future is Bright!!

Lupakan Arsenal dan ManU, Chelsea sekarang ini menjadi tempat lahirnya bakal superstar bolasepak di dunia. Sama ada dibeli atau datang dari tanah London sendiri, Chelsea memiliki ramai pemain-pemain yang jika diberi pilihan, bakal menjadi superstar di masa akan datang.

Keeper

Matej Delac

Berumur 18 tahun, FMers sudah pasti kenal dengan mamat ini. Sudah menjadi 'first choice goalkeeper' sejak berumur 16 tahun di kelab lamanya dan juga 'goalkeeper' paling muda dipanggil oleh skuad senior Croatia. 'Highly rated goalkeeper' ini amat cekap dalam situasi 'one on one' dan juga 'in the air', mamat ini dikatakan bakal menggantikan Petr Cech di masa hadapan. Jika tak percaya dengan kehebatannya, tonton sahaja aksinya di YouTube.

Defender

Jeffrey Bruma

Baru berusia 19 tahun, pemain ini sudah mendapat senior debut bagi skuad Orange pada umur 18 tahun. Bakal pengganti posisi Mathijsen di pertahanan tengah Belanda. Amat tangkas di bahagian pertahanan tengah dan kanan, kelebihan utamanya adalah kebolehan memintas bola hantaran pihak lawan. Masih mentah untuk dijadikan pemain pilihan utama untuk posisi 'central defender', namun dikatakan bakal menjadi 'the next John Terry' jika sampai ke potensi sebenar. Kelemahan utama ialah kekurangan kekuatan fizikal dan ketinggian.

David Luiz


Pemain yang paling mengasyikkan dan mengujakan di Chelsea sekarang ini. Terkenal bukan sahaja kerana rambutnya, malah kerana ke'compose'an nya mengawal barisan pertahanan. 'Two footed', boleh bermain di semua posisi di bahagian pertahanan dan 'holding midfielder'. Tak salah jika dikatakan David Luiz bakal mengantikan tempat JT sebagai 'leader' di bahagian pertahanan. Amat bagus dalam memintas hantaran-hantaran pihak lawan, diudara, dan juga boleh memberi hantaran-hantaran pantas dalam merencanakan 'counter attack'. 'The new no 4', pemain berusia 23 tahun ini boleh dikatakan sebagai pembelian terbaik oleh Carlo Ancelotti.

Patrick van Aanholt

Berusia 20 tahun, gaya permainannya mirip kepada Ashley Cole. 'Modern attacking fullback', pemain ini rajin melakukan 'overlapping' dan larian pantas dari bahagian kiri, dan kadang-kadang menggelecek masuk ke bahagian tengah dan kawasan kotak penalti lawan. Walaupun selalu membantu serangan, pemain ini tidak meninggalkan kawasan pertahanannya. Namun, kadang-kadang kealpaan untuk naik ke atas membawa padah. Bakal menggantikan van Bronckhorst sebagai lagenda 'fullback' skuad Holland.

Nathaniel Chalobah

Bagi bukan 'fans' Chelsea, pemain ini kurang dikenali. Tetapi pemain ketegori 'homegrown' sudah mewakili England U17 sejak berumur 14 tahun, pernah menjadi kapten untuk beberapa perlawanan, dan berjaya memenangi EURO U17 tahun 2010. Baru berusia 17 tahun, pemain ini amat selesa bermain sebagai pertahanan tengah dan kanan. Masih banyak masa lagi bagi pemain ini untuk 'improve' di masa akan datang. Tetapi melihat aksinya ketika EURO U17 dan di 'reserve game' Chelsea, England mempunyai penyelesaian untuk menggantikan Sol Campbell.

Midfielder

Josh McEachran

Jika Arsenal berbangga dengan Jack Wilshere nya, Chelsea pula sudah memiliki pemain yang setaraf, jika tidak lebih bagus. Josh McEachran adalah 'star' bagi England dalam EURO U17 dahulu. Baru berumur 17 tahun, McEachran sudah dipanggil untuk mewakili England U21. Dikatakan sebagai pengganti Frank Lampard, kebolehan teknikal nya adalah lebih bagus daripada mentornya itu. Dia begitu tenang mengawal bahagian tengah, mempunyai skill passing yang 'simple' tapi kemas, bijak mencipta ruang, boleh merampas bola daripada pihak lawan dan yang paling penting, boleh menggelecek bola dan jarang sekali melepaskan bola daripada kakinya. Namun begitu, naluri haiwannya untuk menyerang dan melepaskan rembatan padu tidak lagi mencapai taraf Lampard. Masa depan yang cerah untuk pemain muda ini.

Ramires

Pertama kali melihatnya beraksi bersama Brazil pada kelayakan Confederation Cup, tidak disangka pemain kecil berusia 23 tahun ini akan beraksi bersama Chelsea. Walaupun bertubuh kecil, Ramires bagus dalam merampas bola dari pihak lawan dan menggerakkan 'counter attack'. Sangat 'energetic', boleh bermain sebagai 'defensive midfielder', 'midfielder' dan juga 'right winger'. Jika sampai ke potensi maksimum, Ramires adalah seperti jelmaan Essien di bahagian 'midfield'.

Gael Kakuta

Boleh bermain di posisi 'winger' dan 'attacking midfielder', Kakuta masih gagal menyerlah di peringkat kelab. Namun begitu, beliau amat dominan dalam skuad junior France, malah membantu France menjuarai EURO U19. Berusia 19 tahun, mempunyai kebolehan teknikal yang bagus, mampu menewaskan dan menggelecek lawan dalam situasi 'one on one', dan mampu membuat rembatan kencang. Pernah di 'dubbed' kan sebagai 'next Joe Cole' oleh peminat Chelsea.

Gorkhan Tore

Gorkhan Tore, pasti ramai yang tidak mengenali pemain ini. Berusia 19 tahun, 'two footed', dan boleh bermain di kiri, kanan atau tengah midfield. Mewakili Turkey U21 sejak berumur 17 tahun, potensinya tidak dapat disangkal lagi sehinggakan Guus Hiddink sendiri datang ke Chelsea untuk memastikan komitmennya untuk skuad Turkey. Kebolehan bermain di posisi serangan dengan kekuatan fizikal, tidak mustahil Gorkhan Tore menjadi 'superstar' dimasa akan datang.

Striker

Daniel Sturridge

Antara penyerang yang bakal menyerlah, Sturridge mempunyai masa depan yang cerah di Chelsea dan England. Berusia 21 tahun, ketajaman Sturridge di bahagian serangan tidak boleh dipertikaikan lagi. Antara kelebihan Sturridge ialah mampu mengawal bola dengan baik, mempunyai kepantasan, dan kaki kiri yang kuat. Dikatakan sebagai 'next Anelka', kombinasinya bersama Nando Torres amat diperlukan di Chelsea untuk masa hadapan.

Fabio Borini

Dikatakan sebagai 'next Inzaghi', Borini menunjukkan prestasi yang memberansangkan dalam 'reserve team'. Baru berusia 19 tahun, penyudahnya amat tajam dan tidak dapat disangkal lagi, selalu menjaringkan gol untuk perlawanannya. Walaubagaimanapun, kurangnya peluang untuk bermain di skuad utama menyebabkan pemain ini mungkin meninggalkan Chelsea untuk ke Serie A.

Monday, February 14, 2011

Political crap..

Ada membe cakap, " Eleh..Kau jangan taksub sangat politik nih." Ade orang lain cakap, "Sorry, aku tak layan politik-politik ni. Mengundi pun aku malas."
Pada aku, politik adalah sebahagian daripada kehidupan sebagai rakyat di negara yang demokrasi ini. Kalau kau tak sokong pihak yang betol, bagaimana nak mencorakkan hala tuju negara. Sokonglah mana-mana parti yang kau suka. Tapi kalau sokong itu biarlah menggunakan akal, logik dan fakta. Bukan mengikut emosi, caci mencaci, dan maki memaki. Pandangan dan pendapat setiap seorang berbeza antara satu sama lain, tapi jangan lah disebabkan perbezaan itu, kawan menjadi lawan, saudara menjadi musuh.
Janganlah memekik memperjuangkan bangsa tapi pada masa yang sama menindas bangsa sendiri. Janganlah melolong memperjuangkan agama tapi sesama agama pun saling caci mencaci.
Tapi, sebelum aku mati, aku ingin melihat sebuah perubahan berlaku di Malaysia ini. Amin.