Wednesday, June 29, 2011

Tok Ketua!! Tok Ketua!!

Zaman dulu, kalau kita lihat di filem-filem lama, seperti filem Nujum Pak Belalang dan Musang Berjanggut, kita dapat melihat satu situasi dimana penduduk-penduduk kampung datang berkumpul beramai-ramai pergi ke rumah Tok Ketua untuk menyampai dan menyelesaikan masalah. Mereka menjerit terpekik terlolong dari jauh lagi, "Tok ketua!! Tok ketua!!".

Ini common sense lah. Tak kan nak pergi jumpa orang besar berpangkat tinggi kita pergi terjah sorang-sorang kan. Mesti lah membawa rakan-rakan sebagai penyokong kita.

Hasil didikan daripada filem-filem ini, apa salahnya diterjemahkan di zaman sekarang. Logiknya, kalau nak jumpa Tok Ketua pun bawak empat lima orang rakan-rakan, ini kan pula hendak berjumpa dengan Yang di Pertuan Agong. Jadi tidak menjadi masalah bawa sejuta umat sebagai penyokong untuk menyampaikan kehendak dan masalah kepada Raja.


*********

*Bersih 2.0 sudah diharamkan. Namun, belum ada DNA Babi yang ditemui.

Thursday, June 9, 2011

Beseroh Gangster

sekadar gambar hiasan

Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama A**q dan seorang lagi Jai.

Si abang iaitu A**q telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di Beseroh.

Bagi A**q setelah dibebaskan beliau ingin cuci tangan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

Walaupun cuba bekerja sebagai penjual sayur di pasar Beseroh, beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil backup untuk A**q memulakan kehidupan baru.

King mengarahkan anak buahnya supaya tidak menganggu A**q dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi "Raja" di Beseroh ini. Berlainan pula dengan Jai yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster, sambil mengemam rokok di mulutnya.

Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa.

Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan A**q, Shark terasa semakin tergugat.

Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan A**q tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela A**q yang dianggap sebagai sahabat.

King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin.

Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta A**q. bagi Shark, A**qlah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya.

Selepas berlaku beberapa aksi-aksi hebat, A**q berjaya mengalahkan Shark dan Jai. A**q melarikan diri dari polis lalu menukar namanya kepada Seth Tan dan berkahwin dengen Nora Elena.


-TAMMAT-