Wednesday, December 22, 2010

Bonggol Oh Bonggol

Jika ditakdirkan aku akan tinggal di Beserah selepas aku belajar nanti, aku pasti akan melupakan hasrat untuk memiliki kereta sport berjenama Lamboghini. Sebab? Beserah, land of bonggol. Ya, kalau jalan kat area perumahan aku di Beserah ini memang banyak bonggol. Kalau bonggol rendah-rendah takpe, ini bonggol yang maha tinggi kecuramannya, di tambah pulak saiz bonggol yang tak sekata.

Setakat ini dari simpang Jalan Beserah menuju masuk ke rumah aku terdapat lebih 10++ bonggols yang terpaksa aku tempuhi. Ini belom ditambah dengan beberapa buah perumahan yang masih under construction disepanjang jalan masuk ke Pelindung Jaya. Bayangkan dalam masa 2-3 tahun lagi aku terpaksa menempuh 15++ bonggols semata-mata nak balik rumah.WTF!

Pada pendapat aku, sebab utama bonggol dibina mestilah taknak bagi kereta dan motor bawak laju dalam kawasan perumahan. Logiknya, takkan lah kereta nak bawak high speed kat jalan kampung macam kat highway. Dah la jalan kecik. Ooo, ada orang cakap sebab takut budak-budak main atas jalan, nanti kena langgar tak pasal-pasal mati katak pulak. Lah, kalau sayang anak-anak janganlah bagi diaorang main tengah jalan. Main la kat dalam kawasan rumah.

Cadangan aku, hapus kan bonggols dan pihak polis perlu membuat speed trap kat kawasan perumahan di sekitar Beserah ini. Hapuskan kelajuan di kawasan perumahan. Haha

Wednesday, December 1, 2010

Kosakata

Ya, aku dulu seorang yang agak nerd dan baik di sekolah rendah. Kata-kata ku sopan dan menggunakan bahasa-bahasa yang senang difahami. Sudah ditakdirkan, aku dapat masuk ke MRSM. Yeah, di situlah aku mula mengalami kejutan budaya. Macam-macam perkataan baru yang aku belajar, menambahkan ilmu kosakata di dalam dadaku ini.

Cuak
Dulu kalau nak sebut takut kite sebut takut la tapi bile dah masuk ke sekolah asrama perkataan takut itu tidak wujud. Yang wujud hanyalah perkataan cuak. Ya, sikit-sikit cakap cuak. Gadoh sikit cuak. Hantu sikit cuak. Dan lain-lain lagi.haha

Usya
Aku pun tak taw maksud sebenar usya ni. Tapi orang selalu gunakan untuk menunjukkan perbuatan melihat, tengok, pandang dan lain-lain. Mase aku sekolah rendah dulu mane ade gune usya-usya ni. Contoh penggunaan ayatnya macam ini;" Ari tu ade awek usya aku dowh, tau la aku hensem" atau "Aku usya muke die, rase nak sepak je, dah la hidung kemek". Camtu la lebih kurang penggunaan die.

Toceng
Haaa..ini memang tak leh blah. Bile orang duduk lame sket dalam tandas, mulelah orang mengata, "Wooi..toceng ke" atau "Toceng kuat..hahaha". Memula aku tak paham gak maksud toceng ni. Setelah menyelami naluri kejantanan aku, barulah aku taw.Haha.

Kerek
"Mende ape la kerek ni" kataku sewaktu kali pertama mendengar perkataan tersebut. Setahu aku kalau kat kampung kerek tu orang gune nak buat telaga. Perkataan ni memang selalu digunakan oleh orang-orang yang emo. Kalau ade budak yang muke sememeh sket, mule lah kate, " Kerek syal budak ni, rase nak tumbuk je."

Pundek
Ini memang aku tak tahu maksud nye. Aku tanye membe aku dia cakap maksudnye 'pundi kencing'. Tak tau la maksud sebenar die ape. Perkataan ini adalah digunakan untuk menunjukkan rasa marah atau tak puas hati kepada seseorang. Contohnya," Pundek la lu mat, kau rampas awek aku kan."

Tungkik
Ini lagi la aku tak tau. Pelik sungguh bunyinya. Tapi penggunaannya mesti disertakan dengan perkataan kepala sekali. Contohnye, " Kepala tungkik awak." Perkataan ini juga digunakan untuk mengutuk dan marah kat orang lain.

Walaupun aku tahu perkataan-perkataan tersebut, tapi seriusly aku jarang guna, sebab aku diajar dari kecik untuk menggunakan perkataan-perkataan yang baik.Ececece. Tapi pengalaman mengajar aku banyak bahasa dan perkataan, yang boleh digunakan untuk masa hadapan.